Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Sunday, 2 December 2012

Rindu rumah.


Dah dekat 2 minggu dah saya berada di KUIS. Seronok? Em... jawapannya mestilah ya.
Berkenalan dengan rakan baru yang sangat baik hati dan kakak kakak yang selalu memberi tunjuk ajar. Alhamdulillah. Namun rasa rindu kepada keluarga tetap bertahta di qalbu. Hehe. Rindu nak menonton tv bersama-sama, gelak tawa bersama, makan minum bersama. Ahh, perasaan yang sukar digambarkan. Apa-apapun saya harap kehidupan sekarang ini akan membimbing saya ke arah yang lebih baik. Amin. Doakan saya agar diberi ketabahan dan kesabaran di bumi KUIS ini ya.

Sunday, 18 November 2012

Lebih bermotivasi.



Antara blog yang memberi saya motivasi :-

http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/motivasi/10petua.htm

Cubalah baca blog ni, best!

Sunday, 11 November 2012

First time nak keluarkan duit di BSN?

Assalamualaikum...




Nak keluarkan duit di BSN? ( Pengeluaran menggunakan buku bank)
Teringat pula kali pertama nak keluarkan duit di bank. Tak tahu apa apa pun masa tu. Hehe.
Hari ni nak kongsi sikit la cara macammana nak keluarkan duit. Mana tahu ada yang nak tahu.

Sebelum bertolak ke BSN.
- Pastikan bawa IC dan buku bank.

Semasa di BSN.
- Ambil borang pengeluaran warna merah.
- Isi borang.
- Ambil no giliran.

Lepas ambil no giliran.
- Tunggu di tempat duduk yang disediakan.

Bila tiba giliran anda.
- Pergi ke kaunter dan serahkan borang pengeluaran, buku bank dan IC.

Bila dah dapat duit.
- Kira duit. Pastikan jumlah duit betul.
- Simpan di tempat yang selamat.

* Pesanan.
- Jangan lupa senyum.



Sunday, 4 November 2012

Sambung belajar :)





InsyaAllah, 19 Haribulan ni dah nak sambung belajar balik. Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan). Gementar juga ni.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Amin...

Harap sangat kawan-kawan doakan kejayaan saya.

Allah dalam hati :)




Allah dalam hati?
Kita akan rasa tenang setenang-tenangnya :)