Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Thursday 12 December 2013

Pagi-pagi ni selalu buat apa je kalau kat hostel?


Assalamualaikum... Emm, pagi-pagi ni sepatutnya semua orang dah bangun dah. Lepas subuh je terus bolehh buat kerja-kerja rumah. Rumah la sangat. Hehe. Kemas loker ke, sapu bilik ke, basuh baju ke atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Hehe. Tapi, tak tahulah kenapa budak-budak kat hostel ni masih lena dibuai mimpi waktu-waktu pagi macam ni. Kalaulah ikut dalam cerita ketika cinta bertasbih tu, rasanya tak de sorang pun boleh jadi calon isteri Mas Azam. Hehe. Ye  la, mak dia nak menantu yang tak tidur lepas subuh. Mana  la nak cari  zaman sekarang orang perempuan yang tak tidur lepas subuh. Siapa yang jumpa tu memang bertuah sangatlah, sebab  bilangan perempuan yang betul-betul jaga (tak tidur) lepas solat subuh teramatlah kecil waktu sekarang ni.Tapi, masih ada perempuan yang jaga pasal bab tidur lepas subuh ni. Hehe. Apa-apapun, buatlah yang terbaik dalam hidup kita. Fikir dulu sebelum buat. Hehe.

Wednesday 25 September 2013

Jangan!


Kita selalu ambil ringan hal-hal yang sepatutnya kita kena ambil beratkan? Contohnya, nak buat assignment. Macam-macam alasan la yang kita bagi sebab malas nak buat assignment. Ala, rilex la banyak masa lagi. Kau ni jangan skema sangat la nak buat assignment awal-awal. Buku tak de la, macammana nak buat? Tak faham la. Macam-macam alasan lagilah. Cubalah buat assignment tu awal-awal, nanti dah siapkan senang, tinggal nak hantar je. Kalau hantar awal, lecturer semak dan kalau ada yang perlukan pembaikan, kita masih ada masa untuk buat penambahbaikan. Dapat markah lebih, tak nak?. Kalau buku tak de, internetkan ada? 24 jam melayan FB tapi assignment tak nak buat? Ayo, tak tau la nak cakap macam mana. Tak faham? Fahamkan la. Apa masalahnya? Tak tahu? Tanya la. Kalau nak tunggu faham tu datang sendiri, memang bertahun la jawabnya. Aish... Macam-macamlah kerenah student zaman sekarangkan. Lagi satu pasal air, mentang-mentang la duk kat hostel, ikut suka dia je membazirkan air. Dah buka tu tutuplah balik. Malas sangat ke nak pulas pili air tu? Blok lain tak de air, terpaksa pergi cari air kat blok kita. Tapi budak-budak kat blok kita duk membazir air. Tak faham betul la. Banyak lagi la contoh-contoh lain,  kalau nak tulis kat sini, rasanya memang takkan habis. Cuma apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah perubahan. Tak perlu yang drastik pun, yang sikit-sikit pun jadi la. Apa lah salahnya kalau kita nak berubah kearah kebaikankan? Tak de siapa pun yang nak halang. Orang akan lagi suka kalau kita ak berubah kearah kebaikan.


Nasihat buat diri sendiri terutamanya...

Thursday 3 January 2013

Tak Sabar.

Assalammualaikum...



Ok. minggu ni dah masuk lebih kurang 6 minggu saya berada di KUIS. So far, So Good. Semuanya ok. Kawan-kawan kat sini pun baik baik belaka. Em, Inn Sha Allah minggu depan boleh balik kampung. Yeahhh. Seronoknya! Tak sabar tak sabar saaangat nak balik kampung, nak makan masakan ibu. Makanan kat sini asyik menu yang sama je. Penat juga la nak memilih lauk pauk. Apa apa pun, syukur masih ada yang baik hati nak masakkan lauk pauk untuk kami di sini :) hehe. Oklah, setakat disini saja entri buat kali ni lain kali saya sambung lagi ok? Assalammualaikum...