Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Thursday 2 January 2014

Azam Tahun Baru?



Hehe. Selamat Tinggal 2013...

Emm, Sekarang ni dah pun masuk 2014. Umur pun dah meningkat. Saya dah berumur 21 tahun? Macam tak percaya je. 

Bila cakap pasal umur ni, takut pun ada. Ye la, semakin tinggi umur, semakin dekat kita dengan kematian. Dah la, semenjak dua menjak ni asyik mimpi yang pelik2 je. Bukan pelik ape la. Cuma mimpi tentang kiamat la, tsunami la, mcm2 la. Orang kata mimpi tu mainan syaitan. Tapi... Wallahu a'lam. Bila sampai masanya, kalau ajal kita dah sampai, kita tetap akan pergikan? Oh ya, dikesempatan ini, saya nak ambil peluang untuk minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan. Maafkan saya ya. Oh ya, lagi satu saya nak tinggalkan satu pesan. 

Biarlah orang sakitkan hati kita, tapi kita janganlah sekali-kali sakitkan hati orang. 

Nak tahu kenapa?

Sebab, kalau orang sakitkan hati kita, kita boleh maafkan dia. Tapi, bila kita sakitkan hati orang, belum tentu orang tu akan maafkan kita.

Hhehe, berbalik kepada tajuk asal. Azam tahun baru saya.
  • First, nak jadi hamba yang lebih baik. Ya Allah, permudahkanlah...
  • Kedua, nak buat yang terbaik untuk semua.
  • Penuhkan masa lapang dengan perkara yang baik.
  • Nak jadi peramah sikit. 
  • Kalau boleh tak nak sakitkan hati orang lain :)
  • Nak bagi kebahagiaan kepada semua.
  • Banyakkan senyum... dan banyaak lagi (tak mampu nak taip. Hehe)

Kawan-kawan doakan la saya. Walaupun kita tak kenal tapi umat Islam tu kan bersaudara. Kena saling menyayangi antara satu sama lain. Kan? Kan? Setuju kan?

Harap2. Kawan-kawan semua pun dapat buat yang terbaik dalaam hidup kawan-kawan. :)

Ok, setakat ini saja lah dulu entry kali ini. Kalau panjang umur, Inn Sha Allah, kalau free saya sambung lagi.

Assalamualaikum...

Keindahan dan kebahagiaan dalam kehidupan itu boleh dicapai hanya dengan kesungguhan kita sendiri. Dan dengan IzinNya. In Sha Allah. Wallahua'lam...