Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Sunday 21 December 2014

Derma Darah




Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal derma darah ni. Tapi ada faktor-faktor yang membantutkan penulisan aku. Hehe. Ayat macam poyo je.

Pertama sekali, aku nak cerita sikit la kenapa aku derma darah ni. Sebenarnya aku pun tak tahu motif sebenar kenapa aku derma darah. Hehe. Mungkin... dulu cita cita aku nak jadi doktor, nak tolong orang, sebab tu kot aku nak derma darah? Ntah aku pon compius.

Apa-apapun menderma darah ni adalah satu perbuatan yang aku rasa sangat mulia. Nak puji diri sendiri ke? Tak sama sekali.

Student? Alasan tak bersedekah? Nak jimat? Takut tak cukup duit belanja? Kalau sedekah kat orang nanti duit kita habis, bila duit habis, tak de la duit nak buat belanja, nak beli makanan. Tak mungkin, duit memang boleh habis, tapi rezeki kau tu, rezeki kau takkan habis kalau memang Allah dah tetapkan rezeki tu untuk kau. rezeki kau takkan lari kemana mana pun. Tak percaya? Try la sedekah, tengok macammana, apa yang terjadi? Ada kau merempat tepi jalan? Tak ada. Percayalah. Dan kalau kau rasa kau akan jadi papa kendana kalau menderma, apa kata kau derma darah. Haha . Mesti tak papa nyer. Darahkan? Nak papa macammana pulak? Duit tak keluar dari poket, darah je yang keluar dari badan. Haha.

Sebelum aku merapu macam ikan kerapu (ikan kerapu jugak jadi mangsa) Aku nak cerita sikit la apa yang terjadi kat aku waktu aku first time derma darah tu. Hehe. Sakit ke derma darah? Sebelum aku derma darah tu soalan yang sama jugak yang aku tanya tanya pada diri dan soalan tu jugak la yang berlegar legar kat ruang fikiran aku. So, setelah menderma, jawapannya? TAK SAKIT PON. Haha. Berita baik la kan? Bagi sapa sapa yang takut nak menderma sebab takut sakit, sekarang korang dah boleh menderma. Sebab tak sakit pun waktu dia ambil darah tu.

Berat orang yang  nak menderma darah ni kena lebih dari 45kg. Haha. Bagi yang kurat berat badan tu sila sila la makan banyak sikit ya. Dulu berat aku tak sampai 45kg pun, tapi lepas aku makan banyak sikit, berat aku naik 46kg. So, boleh la aku derma darah. Jangan risau, bagi yang nak derma darah, tapi kurang berat badan, memang frust sebab tak boleh nak menderma, memang frust sebab tak boleh nak tolong orang yang memerlukan. Tapi percayalah niat baik korang tu dah pun dikira sebagai satu kebaikan. Haha. Bestkan? Tu la untung jadi orang Islam niat nak buat baik je dah dikira sebagai satu kebaikan. Kalau dah buat baik, lagi la bertambah tambah kebaikan yang korang dapat.

Sebelum korang nak menderma tu pastikan yang korang cukup
- cukup tidur
- cukup makan
- sihat
- dan macam macam lagi la syarat syarat lain

Lepas menderma korang kena rehat. Tak yah la nak buat kerja kerja berat. Makan atau minum makanan yang dah disediakan oleh pihak PDN. Jangan jadi macam aku dah, lepas derma darah tu aku terus tidur, tak makan pun makanan yang diorang bagi, last last bangun tidur badan aku sejuk pastu pitam. Nasib baik pitam atas katil haha. So, pandai pandai korang la. Makan makanan yang diorang sediakan.

Last sekali, takyah la takut sangat nak derma darah. Relax sudah. Buat muka cool je. Haha. Apa apa pun best tau derma darah ni. Chaiyok la korang! Gambatte :)





Saturday 7 June 2014

Nak balik KUIS kena naik kapal terbang?


Haha. Assalamualaikum...

Saje je nak cerita sikit pasal kene naik flight balik KUIS haritu. Hehe. Sebenarnya dalam hati rasa gemuruh semacam. Ye la, selalunya kalau naik flight pun mesti ada ibu atau abah, tapi kali ni nak kene naik sorang-sorang la pulak. Sabar je la. Abah dah siap-siap beli tiket dua hari sebelum terbang. Memandangkan tiket ekonomi class dah habis, abah beli tiket bisnes class. Haha. Ni yang best nya, tak pernah pernah naik bisnes class, kali ni kena naik pulak. Bisnes class pun bisnes class lah, janji sampai kat KUIS. 

Hari nak balik tu 5.6.2014, perut dah rasa tak selesa. Ade la gaya-gaya orang nak buat presentation. Hehe. Ibu buat karipap pun, makan dua ketul je. Mangga yang ibu hidangkan pun, makan sikit je. 
Rasa nak nangis pun ada. Memang selalunya, kalau nak balik KUIS aku nangis dulu. Tapi kali ni, aku dah tekat tak nak nangis. Ceh ceh. Buat-buat tabah pulak.  

Bila dah samapi kat airport Kuala Terengganu tu, buat-buat lawak pulak. Nak bagi hilang rasa sedih. Aku sampai airport dalam pukul 2 lebih macamtu. Sebenarnya, rumah aku kat sebelah airport je. Hehe. Jalan kaki pun boleh. Hehhe. Tapi, kene la ada kat airport awalkan? mana la tau ada masalah ke nanti.

Aku duduk tunggu kapal sampai. Biasanya diorang buat anoucement bila dah boleh masuk kapal. Tapi, disebabkan keadaan masa tu bising, aku tak dengar langsung apa  yang diorang anouce. Apa lagi, aku jadi spy la kat situ. Dok intai intai orang lain punya tiket. Hehe. Nasib baik aku dapat detect yang diorang pun naik satu kapal ngan aku jugak. Fuh! lega.

Bila dah masuk kapal, aku pun mula la tercari-cari tempat duduk aku. Aku ingat abah pesan "Kalau bisnes class tempat duduk dia dua dua". Waktu aku masuk je, tempat duduk kat situ memang untuk dua dua orang. Akhirnya aku jumpa tempat duduk aku. Aku duduk kat sebelah pak cik. Haha. Datuk mana aku tak tau la. Tapi, dia memang senyap, tak bercakap langsung. Memang jenis tak peramah kut.

Bila dah nak keluar kapal, baru aku perasan, rupa-rupanya aku sorang je perempuan yang duduk kat bisnes class. Haha. Sebab segan, aku duduk balik, dan bagi la datuk datuk kat situ keluar dulu. Aku keluar second last. Buat-buat confident je. Haha.

Umi Naemah yang amik a ku kat airport dan hantar aku kat KUIS. Nasib baik ada Umi yang baik hati. Terima kasih Umi!. Bila dah sampai KUIS, Kak Kat gelakkan aku, " Fiza, fiza naik bisnes class pakai baju KOKO KUIS?. Nak promote KUIS ke? Haha. Aku main pakai je baju apapun. Tak fikir pun, cantik ke idok. Sesuai ke idok. Janji aku sampai KUIS. Haha. 

Apa apapun. Pesan Naiemah memang berkesan pada aku. "Fiza, fiza boleh membaca tak?, kalau boleh, tak payah takut naik flight sorang sorang." Hehe. Bila dengar macam tu, baru la confident sikit. Haha. Oklah, sampai sini dulu. Lain kali kalau aku free, aku sambung. Hhehe.

Thursday 3 April 2014

Ujian Itu Hadiah dari Allah.


Tiba-tiba rasa nak bukak blog budak tomato pula tadi. Sebenarnya kawan yang suruh baca blog tu. Best! 

Ada ayat yang rasa macam best bila baca. Ni dia

 Mungkin cuma dengan musibah, manusia lebih dekat dengan Allah. Mungkin.


Sebabnya, bila kita dah tak ada tempat bersandar, baru kita nampak sandaran Allah tu yang sebenarnya paling kukuh.

Tambah, bila kita dah tak ada tempat mengadu, baru kita tahu satu-satunya yang tak akan jemu dengar luahan kita adalah Allah.


Petikan dari entri blog Budak Tomato

Wednesday 26 March 2014

Final Exam Sem 3




Ehem ehem, awak buat apa kat cc tu Fiza? Bukan awak ada lagi satu paper ke?

Hehe. Saja, boring duduk bilik. Datang la cc. Lagipun bazir je kan kalau bayar yuran cc tapi tak pergi cc? Haha. Jahat tak jahat tak?

Sebenarnya, ada lagi satu paper belum habis. Paper usul tafsir. Minggu depan hari rabu. Fiza kan suka buat kerja last minit. Hah  tengoklah nanti, satu hari sebelum hari kejadian. Kelam kelibut macam cacing kepanasan. Hehe.

Macammana exam? Setakat ni, exam, so far so good. Boleh la. Ada soalan yang tak disangka-sangka keluar, apalagi KBKK la. Hehe. Student2 lain dah macam-macam gaya dah. Ada yang dah jadi panda. Mata hitam sebab study satu malam. Zombie pun ada sebab penat study. Pontianak pun ada, malam malam je mengilai. Hhehe.

Sebelum exam dah call ibu ngan abah. Minta restu dan doa. Hehe. Yang bestnya tak pernah2 call abah, tetiba call. Kan pelik? Tapi, takpe la at least call la jugak dalam satu sem tu. Bukan tak nak call, tapi tak tau nak cakap apa kalau call. Kalau dengan ibu, macam-macam topik boleh dibualkan. Masak apa, tengah buat apa, gossip2 terkini semua. Hehe.

Singgah cc ni, saje je la nak update blog. Dah berabuk dah blog ni. Hehe. Ok lah, nak buat kerja lain ni. Tata... :)

Wednesday 5 March 2014

Rabiah Pandor- Bholat


If your child lies to you often, it is because you over-react too harshly to their inappropriate behaviour.

If your child is not taught to confide in you about their mistakes, you've lost them.

If your child had poor self-esteem, it is because you advice them more than you encourage them.

If your child does not stand up for themselves, it is because from a young age you have disciplined them regularly in public.

If your child takes things that do not belong to them, it is because when you buy them things, you don't let them chose what they want.

If your child is cowardly, it is because you help them too quickly.

If your child does not respect other people's feelings, it is because instead of speaking to your child, you order and command them.

If your child is too quick to anger, it is because you give too much attention to misbehaviour and you give little attention to good behaviour.

If your child is excessively jealous, it is because you only congratulate them when they successfully complete something and not when they improve at something even if they don't successfully complete it.

If your child intentionally disturbs you, it is because you are not physically affectionate enough.

If your child is openly defied, it is because you openly threaten to do something but don't follow through.

If your child is secretive, it is because they don't trust that you won't blow things out of proportion.

If your child talks back to you, it is because they watch you do it to others and think its normal behaviour.

If your child doesn't listen to you but listens to others, it is because you are too quick to make decisions.

If your child rebels it is because they know you care more about what others think than what is right or wrong.

May Allah enable us to give our child(ren) the best of upbringings.

Wednesday 19 February 2014

What We Love




Assalamualaikum...

Halal is a must not just about what we eat but also what we wear and what we love

Betul betul betul... Setuju sangat.


Thursday 2 January 2014

Azam Tahun Baru?



Hehe. Selamat Tinggal 2013...

Emm, Sekarang ni dah pun masuk 2014. Umur pun dah meningkat. Saya dah berumur 21 tahun? Macam tak percaya je. 

Bila cakap pasal umur ni, takut pun ada. Ye la, semakin tinggi umur, semakin dekat kita dengan kematian. Dah la, semenjak dua menjak ni asyik mimpi yang pelik2 je. Bukan pelik ape la. Cuma mimpi tentang kiamat la, tsunami la, mcm2 la. Orang kata mimpi tu mainan syaitan. Tapi... Wallahu a'lam. Bila sampai masanya, kalau ajal kita dah sampai, kita tetap akan pergikan? Oh ya, dikesempatan ini, saya nak ambil peluang untuk minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan. Maafkan saya ya. Oh ya, lagi satu saya nak tinggalkan satu pesan. 

Biarlah orang sakitkan hati kita, tapi kita janganlah sekali-kali sakitkan hati orang. 

Nak tahu kenapa?

Sebab, kalau orang sakitkan hati kita, kita boleh maafkan dia. Tapi, bila kita sakitkan hati orang, belum tentu orang tu akan maafkan kita.

Hhehe, berbalik kepada tajuk asal. Azam tahun baru saya.
  • First, nak jadi hamba yang lebih baik. Ya Allah, permudahkanlah...
  • Kedua, nak buat yang terbaik untuk semua.
  • Penuhkan masa lapang dengan perkara yang baik.
  • Nak jadi peramah sikit. 
  • Kalau boleh tak nak sakitkan hati orang lain :)
  • Nak bagi kebahagiaan kepada semua.
  • Banyakkan senyum... dan banyaak lagi (tak mampu nak taip. Hehe)

Kawan-kawan doakan la saya. Walaupun kita tak kenal tapi umat Islam tu kan bersaudara. Kena saling menyayangi antara satu sama lain. Kan? Kan? Setuju kan?

Harap2. Kawan-kawan semua pun dapat buat yang terbaik dalaam hidup kawan-kawan. :)

Ok, setakat ini saja lah dulu entry kali ini. Kalau panjang umur, Inn Sha Allah, kalau free saya sambung lagi.

Assalamualaikum...

Keindahan dan kebahagiaan dalam kehidupan itu boleh dicapai hanya dengan kesungguhan kita sendiri. Dan dengan IzinNya. In Sha Allah. Wallahua'lam...