Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Monday 31 August 2015

Bila nak nangis, tapi tak bole nak nangis?



Bila nak nangis, tapi tak bole nak nangis?

Hati keras? Hati kering? Ego?

Serius tak boleh nak nangis...

Astagfirullahalazim...

OK, Dah boleh menangis? 

Teruskan menangis sampai puas.

Kadang-kadang kita bersalah, tapi tak nak mengaku salah.

Kenapa? Ego? Malu? 

Tak rugi apapun, salah kita, minta maaf sajalah.

Bukan untuk dunia, tapi akhirat.

Semoga Allah redha.

Friday 20 March 2015

Final Exam Sem 5


Sedar tak sedar dah tiga tahun aku study kat KUIS. Setakat ni semuanya baik-baik dan berjalan lancar. Persekitaran yang baik, kawan yang baik dan pensyarah yang super owesome! Untung siapa yang study kat KUIS ni sebenarnya. Hostel dekat dengan fakulti, senang nak pergi kelas, ada susur gajah, masjid pun dekat. Nak beli barang-barang keperluan pun dekat. Jalan kaki sekejap ke speedmart tu dah sampai. Kalau malas sangat nak jalan kaki, naik bas, sekejap je dah sampai. Haha. Senangkan? Sebab tu untung. Alhamdulillah. Ceh, ni nak promote ke apa ni? Tak de la, ni namanya perkongsian yang bermanfaat. Hehe. Manalah tahu ada adik adik kat luar sana yang nak masuk KUIS. Mai mai... Lai lai... Jom jom. Adik aku pun teringin sangat nak masuk KUIS. Dia kata macam best. Hehe. Nak tahu best ke tak, kena la masuk dulu kan? Sem ni, sekali pun aku tak balik rumah, sampai waktu cuti raya cina hari tu abah tanya, kakak bila nak rehat? ( Akak selalu sangat berehat kat sini bah...) Hehe. Aku bukan tak nak balik rumah, tapi aku malas nak fikir pasal transport. Nak naik bas, abah tak bagi, nak suruh abah amik, tak nak susahkan abah. Nak naik flight, aku tak minat. Aishh, banyak sangat nak kena fikir, baik tak payah balik. Kan senang. Sekarang dah nak habis sem pun. Tinggal dua minggu je lagi. dan tinggal 3 paper je lagi nak jawab. Apa-apapun, aku harap aku dapat buat yang terbaik! Tak sabar nak balik sebenarnya. Kawan-kawan doakan saya ya!  

Wednesday 21 January 2015

Saya nak jadi baik. Boleh ke?

Assalammualaikum...



Hari-hari cakap kat dalam hati, aku nak jadi baik. Tapi tak berubah rubah pun. Still di takuk yang lama. Apa nak jadi ni. Rasanya ramai jugak yang rasa benda yang sama. Nak berubah tapi tak berubah rubah, atau berubah tapi macam hangat-hangat tahi ayam je. Sekejap je berubahnya.


Iman manusia bertambah dan berkurang. Kita macammana pun kena jugak jadi baik. Kalau tak jadi pun. Tanam rasa nak jadi baik tu dalam hati. Sekurang-kurangnya kita ada perasaan tu. 


Sebenarnya aku ada cerita ni. Aku bukanlah berasal dari keluarga yang tahu banyak tentang agama. Sekadar asas saja yang tahu. Aku bertuah sebab Allah letakkan aku kat sekolah  agama. Bersyukur sangat. Kalau aku tak sekolah agama, aku rasa sampai sekarang pun aku tak reti baca doa qunut. Tak tahu apa tu sujud sahwi, tak tahu macammana nak buat solat solat sunat, tak tahu zikir-zikir asas pun. Aku tahu semua ni sebab aku dapat masuk ke sekolah menengah agama. Dan aku jugak bersyukur sangat sangat sebab Allah letakkan aku bersama sahabat sahabat yang sangat baik dan banyak bagi semangat kat aku. Syukur sangat. 


Bila aku tengok kawan-kawan yang tak berpeluang nak masuk sekolah agama macam aku, aku rasa sangat kesian. Adik aku sendiri tak dapat nak masuk sekolah agama macam aku. Tapi, aku tabik dengan diorang yang tak sekolah agama ni, sebab diorang ni kadang kaang lebih baik dari budak sekolah agama macam aku ni. Akhlak diorang lagi best dari budak-budak sekolah agama. Aku malu juga kadang-kadang, bila tengok ada budak sekolah biasa lagi baik dari budak sekolah agama atau senang cite lebih baik dari budak macam aku ni. 


Apa-apapun aku harap, kita semua sama-sama cuba berubah jadi insan yang lebih baik. Nasihat menasihati secara hikmah sesama kita. Jangan pandang rendah kat orang lain. Aku ada baca, kalau kita pandang rendah kat orang lain , tu maknanya diri kita ni yang bermasalah sebenarnya. Korang nak tahu tak cara macammana aku buat supaya aku sedar diri balik bila aku rasa aku ni jahat? Aku akan tengok video-video tentang orang orang yang peluk Islam. Best. Korang try la juga. Oklah, penat dah aku menaip. Korang jangan lupa doakan aku. Doakan aku jadi lebih baik. Smile. Assalamualaikum!