Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Wednesday 26 March 2014

Final Exam Sem 3




Ehem ehem, awak buat apa kat cc tu Fiza? Bukan awak ada lagi satu paper ke?

Hehe. Saja, boring duduk bilik. Datang la cc. Lagipun bazir je kan kalau bayar yuran cc tapi tak pergi cc? Haha. Jahat tak jahat tak?

Sebenarnya, ada lagi satu paper belum habis. Paper usul tafsir. Minggu depan hari rabu. Fiza kan suka buat kerja last minit. Hah  tengoklah nanti, satu hari sebelum hari kejadian. Kelam kelibut macam cacing kepanasan. Hehe.

Macammana exam? Setakat ni, exam, so far so good. Boleh la. Ada soalan yang tak disangka-sangka keluar, apalagi KBKK la. Hehe. Student2 lain dah macam-macam gaya dah. Ada yang dah jadi panda. Mata hitam sebab study satu malam. Zombie pun ada sebab penat study. Pontianak pun ada, malam malam je mengilai. Hhehe.

Sebelum exam dah call ibu ngan abah. Minta restu dan doa. Hehe. Yang bestnya tak pernah2 call abah, tetiba call. Kan pelik? Tapi, takpe la at least call la jugak dalam satu sem tu. Bukan tak nak call, tapi tak tau nak cakap apa kalau call. Kalau dengan ibu, macam-macam topik boleh dibualkan. Masak apa, tengah buat apa, gossip2 terkini semua. Hehe.

Singgah cc ni, saje je la nak update blog. Dah berabuk dah blog ni. Hehe. Ok lah, nak buat kerja lain ni. Tata... :)

No comments:

Post a Comment