Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.






Psst... gambar-gambar kat sini credit to mr.google

Sunday 21 December 2014

Derma Darah




Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal derma darah ni. Tapi ada faktor-faktor yang membantutkan penulisan aku. Hehe. Ayat macam poyo je.

Pertama sekali, aku nak cerita sikit la kenapa aku derma darah ni. Sebenarnya aku pun tak tahu motif sebenar kenapa aku derma darah. Hehe. Mungkin... dulu cita cita aku nak jadi doktor, nak tolong orang, sebab tu kot aku nak derma darah? Ntah aku pon compius.

Apa-apapun menderma darah ni adalah satu perbuatan yang aku rasa sangat mulia. Nak puji diri sendiri ke? Tak sama sekali.

Student? Alasan tak bersedekah? Nak jimat? Takut tak cukup duit belanja? Kalau sedekah kat orang nanti duit kita habis, bila duit habis, tak de la duit nak buat belanja, nak beli makanan. Tak mungkin, duit memang boleh habis, tapi rezeki kau tu, rezeki kau takkan habis kalau memang Allah dah tetapkan rezeki tu untuk kau. rezeki kau takkan lari kemana mana pun. Tak percaya? Try la sedekah, tengok macammana, apa yang terjadi? Ada kau merempat tepi jalan? Tak ada. Percayalah. Dan kalau kau rasa kau akan jadi papa kendana kalau menderma, apa kata kau derma darah. Haha . Mesti tak papa nyer. Darahkan? Nak papa macammana pulak? Duit tak keluar dari poket, darah je yang keluar dari badan. Haha.

Sebelum aku merapu macam ikan kerapu (ikan kerapu jugak jadi mangsa) Aku nak cerita sikit la apa yang terjadi kat aku waktu aku first time derma darah tu. Hehe. Sakit ke derma darah? Sebelum aku derma darah tu soalan yang sama jugak yang aku tanya tanya pada diri dan soalan tu jugak la yang berlegar legar kat ruang fikiran aku. So, setelah menderma, jawapannya? TAK SAKIT PON. Haha. Berita baik la kan? Bagi sapa sapa yang takut nak menderma sebab takut sakit, sekarang korang dah boleh menderma. Sebab tak sakit pun waktu dia ambil darah tu.

Berat orang yang  nak menderma darah ni kena lebih dari 45kg. Haha. Bagi yang kurat berat badan tu sila sila la makan banyak sikit ya. Dulu berat aku tak sampai 45kg pun, tapi lepas aku makan banyak sikit, berat aku naik 46kg. So, boleh la aku derma darah. Jangan risau, bagi yang nak derma darah, tapi kurang berat badan, memang frust sebab tak boleh nak menderma, memang frust sebab tak boleh nak tolong orang yang memerlukan. Tapi percayalah niat baik korang tu dah pun dikira sebagai satu kebaikan. Haha. Bestkan? Tu la untung jadi orang Islam niat nak buat baik je dah dikira sebagai satu kebaikan. Kalau dah buat baik, lagi la bertambah tambah kebaikan yang korang dapat.

Sebelum korang nak menderma tu pastikan yang korang cukup
- cukup tidur
- cukup makan
- sihat
- dan macam macam lagi la syarat syarat lain

Lepas menderma korang kena rehat. Tak yah la nak buat kerja kerja berat. Makan atau minum makanan yang dah disediakan oleh pihak PDN. Jangan jadi macam aku dah, lepas derma darah tu aku terus tidur, tak makan pun makanan yang diorang bagi, last last bangun tidur badan aku sejuk pastu pitam. Nasib baik pitam atas katil haha. So, pandai pandai korang la. Makan makanan yang diorang sediakan.

Last sekali, takyah la takut sangat nak derma darah. Relax sudah. Buat muka cool je. Haha. Apa apa pun best tau derma darah ni. Chaiyok la korang! Gambatte :)





No comments:

Post a Comment